Wednesday 12 March 2014

Destinasi Makanan Istimewa Kuala Selangor

1-Assam Jawa - Cendol Bakar dan Karipap Gergasi (8 km dari Pusat Kelip2 Kg Kuantan) Siang dan Malam

2-Kampung Sepakat - Pelbagai jenis Lempeng, Mee dan Nasi (6 km dari Pusat Kelip2 Kg Kuantan) Malam

3-Pasar Pasir Penambang - Kelapa Pandan dan Ikan Laut Segar (9 km dari Pusat Kelip2 Kg Kuantan) Siang.

4-Pantai Jeram - Aroma Ikan Bakar .(19 km dari Pusat Kelip2 Kg Kuantan) Petang \ Malam


1- Assam Jawa - Cendol Bakar dan Karipap Gergasi

Cendol Bakar adalah satu jenama minuman yang popular akhir-akhir ini sehingga berjaya mewujudkan konsep drive thru seperti di premis makanan barat (Mc Donald dan KFC) Semua gerainya menggunakan konsep bumbung tradisi iaitu bumbung atap rumbia dan nipah. Selain dari cendol terdapat pelbagai makanan lain lagi disini seperti aneka mee, kuih muih, sebagainya  

Kedudukan Gerai Cendol Bakar dan Karipap Gergasi terletak di tepi jalan antara Bukit Rotan dan Assam Jawa. 

(Sila klik gambar untuk membesarkan imej.)















2- Sepakat D'Corner, Jalan Persiaran Tengah, Kg Sepakat

Menyediakan Pelbagai jenis Lempeng, Mee, Mehoon, Nasi dan lain-lain

Kedudukan Kedai Lempeng Sepakat D'Corner agak tersorok sedikit dari jalan utama. Jarak simpang Jalan Persiaran Tengah Kg Sepakat dari Pusat Pelancungan Kelip-kelip Kg Kuantan adalah 2.5 KM, Sementara Jarak Dari simpang masuk ke Jalan Persiaran Tengah Kg Sepakat adalah 2.9 KM.

Walaubagaimanapun, kedudukan yang agak terpencil ini memungkin pelanggan dapat menikmati ketenangan sambil menikmati juadah enak bersama keluarga dan rakan. Jauh dari kesibukan ibu kota. tenang dan damai sambil merasai udara sejuk malam dengan suasana kampung.



Waktu perniagaan bermula pukul 8.00 malam (bukan 8.00 petang) hingga pukul 12 malam, kadangkala dan selalunya terlajak sampai pukul 5 pagi, kami tak kisah kalau customer ada....

Ini baru pukul 8.30 malam, kejab lagi ramai lah orang..

Menu dan harga Lempeng, Murah, Sedap dan Mengenyangkan.

Lempeng biasa (RM1.50 je) sepinggan penuh, cecah dengan kari ikan bilis..meh la try

Member makan lempeng sambil tengok TV..

Air Nira Kepala pun ada, kat Kelantan dipanggil Air Tuak, tapi tak de la mabuk.

Keratan akhbar Utusan Malaysia, Wartawan dah datang buat liputan, lepas ni masuk TV pula la kut.. 

Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 13 March 2014

3-Pasar Pasir Penambang, Kuala Selangor, Ikan segar dari laut dan buah kelapa pandan.


















Giant Pasir Penambang, Kuala Selangor

4-Pantai Jeram - Aroma Ikan Bakar


Aroma Ikan Bakar menyediakan pelbagai hidangan makanan laut, ikan bakar dan lain-lain yang menyelerakan, restoran ini terletak di tepi Pantai Jeram dimana pengunjung dapat menikmati makanan lazat dengan berlatar belakangkan angin laut dan suasana pantai yang mendamaikan. Bangunan Restoran dibina menggunakan tiang nibong, buluh, kelarai bertam dan atap rumbia / nipah sehingga berjaya mewujudkan suasana kampung tradisi yang sangat indah.